Temasya Paris 2024 Paralympic Games

Sukan

Pada 22 November 2017, lapan sukan dan tiga disiplin sukan telah memohon untuk dimasukkan ke dalam program Sukan Paralimpik 2024.[41] Persekutuan bagi bola sepak 7 sebelah, bola sepak powerchair, golf, luncur air, gusti tangan, karate, para sukan tarian dan melayar telah memohon agar sukan mereka dijadikan sebagai acara Sukan Paralimpik. Selain itu, IPC juga menerima pemohonan agar bola keranjang 3x3, poomsae dan para trap shooting dipertandingkan dalam Paris 2024.[42] Pada 2018, IPC mengumumkan bahawa hanya bola sepak 7 sebelah layak ke peringkat akhir.[43] Pada 25 Januari 2019, IPC telah membuat keputusan yang terakhir dan mengumumkan bahawa program sukan bagi Paris 2024 akan kekal sama dengan program sukan Tokyo 2020.[44]

Pada 31 Januari 2020, IPC mengumumkan bahawa bola keranjang kerusi roda tidak akan dimasukkan ke program acara Paris 2024.[45] Hal ini adalah kerana Persekutan Bola Keranjang Kerusi Roda Antarabangsa tidak mengikuti Kod Klasifikasi Atlet yang ditetapkan oleh IPC. Namun, sukan tersebut boleh dimasukkan semula sekiranya persekutuan tersebut mengikut Kod Klasifikasi yang telah ditetapkan. Pada September 2021, kelulusan bersyarat telah diberikan oleh IPC kepada sukan tersebut agar dimasukkan semula ke Sukan Paralimpik 2024.[46]